Saturday 15 September 2012

INDUSTRI KECIL & SEDERHANA ( IKS )

   IKS (Industri Kecil & Sederhana) ditakrifkan berdasarkan kepada aspek-aspek tertentu seperti jumlah kerja yang diupah, saiz asset tetap, modal, jualan dan sebagainya. Sebuah negara menggunakan saiz piawai dan kriteria yang berbeza sebagai pengukuran dan pentabdiran IKS.

    Mengikut Lembaga Pembangunan Ekonomi Singpura mendefinisikan IKS sebagai sebuah syarikat yang mempunyai sekurang-kurangnya 30% melebihi S$8 juta (bagi sektor pengeluaran) dan mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 50 orang pekerja (bagi sektor industri perniagaan atau perkhidmatan).

   Di Malaysia, sebuah agensi telah ditubuhkan dengan objektif untuk membangunkan dan mengkordinasikan program-program IKS iaitu Perbadanan Pembangunan Industri Kecil & Sederhana. IKS dalam sektor perkilang didefinisikan sebagai syarikat yang mempunyai nilai jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta dan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang.

No comments:

Post a Comment